Monday 18 July 2011

SALAM PARA DAI

Pasca Julai 9, 2011 memberi satu impak yang amat hebat tentang kesedaran hak dan juga keadilan dalam bermasyarakat dinegara ini. Rata-rata rakyat teramai amat kesal dengan tindakkan para penguasa melayani para pendemostran aman.

Tangga Julai 9, 2011 adalah tarikh keramat buat anak2 muda sama2 turun ke jalan raya memahami proses pembentukkan sejarah tanah air yang tercalar dek kerakusan para politikus yang takut akan bayang-banyangnya sendiri.

Natijahnya, negara yang sudah terbentuk setengah abad yang lalu dengan yang menjunjung tinggi kesetiaan dan keadilan hidup bermasyarakat telah merakamkan satu tragedi yang merobek jiwa.

Hari itu, para pendemostran mengatur langkah dengan gagah dan berani, mereka bangga dengan negara yang mereka miliki dan mereka memandang tinggi perlembangaan yang mereka sanjungi.

Mereka mahu percaya bahawa tidak ada halangan yang mampu menghalang, tidak ada batasan yang mampu membataskan kepercayaan mereka terhadap perlembagaan.

Mereka membuka mata dan menadah kedua tangan kelangit tinggi dengan linangan air mata dan doa, dengan harapan, agar tuhan mendengar rintihan mereka.

Mereka terkepung dengan asap-asap dan hujan asid, mereka datang bukan mahu melawan, mereka datang dengan harapan, mereka di kasari di tanah air ini, mereka di khanati di bumi ini, tapi Tuhan itu Maha Adil, Tuhan itu maha penyayang.

Sang hujan turun bagai memberi salam, meraikan para pendemonstran. Benarlah hujan itu rahmat, hujan itu kasih dan sayang,..hujan turun menghambat asap-asap kezaliman.

Tidak ada siapa dapat menduga, tanpa isyarat, tanpa petanda,..walau kiri dan kanan adanya tembok kezaliman, Tuhan itu Maha adil. Dia datang memberikan jalan,..menyatukan hati dengan satu hasrat dan satu harapan meletakkan KEBENARAN ditempatnya semula.

Sunday 10 July 2011

ANAK MUDA DAN PASCA BERSIH.

Pasca Demo aman BERSIH dengan jelas dapat dinilai banyak pihak mengambil peduli akan hal ini. Dari murid dibangku sekolah hinggala saudara-saudara bangladesh yang tumpang mencari makan di tanah air ini.

Laman sosial internet mutakhir ini rata - ratanya menyentuh hal Demonstrasi ini, ramai yang memberi ulasan, ramai yang ber'tweeter', ber'facebook' dan bermacam lagi. Ada yang menyokong, ada yang mengeji, ada yang atas pagar tak kurang juga yang masih bingung apakah bendanya BERSIH ini.

Media - media pula menyumbang peranan yang amat besar dalam mempromosikan BERSIH kali ini,.jika disatu pihak BERSIH dilihat satu badan yang tidak sah dan liputan yang buruk dipaparkan bak lembaga yang ingin menumbangkan kerajaan.

Aneh dan pelik tapi ianya realiti dalam sejarah negara ini ada media yang sanggup mengapi - apikan rakyatnya dengan memberikan gambaran yang amat mengelirukan.

BERSIH pada dasarnya ingin menyampaikan hasrat rakyat yang perihatin terhadap sistem pilihanraya di tanah air ini,..mereka menuntut 8 perkara yang dasar bagi memastikan sebuah pilihanraya yang diadakan berjalan dengan ADIL dan SAKSAMA.

8 tuntutan BERSIH adalah:

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

2. MEREFORMASIKAN UNDI POS

3. PENGGUAAN DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEM MINIMAL 21 HARI

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. MENGUKUHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RAHSUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

rujuk: http://bm.bersih.org/?page_id=2673

Kesemua tuntutan ini dilihat amat tepat dan munasabah, tidak ada gunanya sebuah pilihanraya jika ianya tidak dijamin keadilannya, berat sebelah dan korup. Rakyat telah memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk memulihkan kepercayaan kepada rakyat dalam pilihan raya SERAWAK yang di adakan tidak lama dahulu.

Namun kepercayaan yang diberikan sekali lagi disia-siakan sehinggalah tuntutan ini dibawa ke jalan raya untuk disampaikan kepada Agong selaku ketua negara. Amatlah sedih dan tempang perjalanan demokrasi di tanah air ini setelah BERSIH telah mendapat restu dari ketua negara untuk berhimpun secara aman suatu tempat di nafikan oleh pihak berkuasa.

Tindakan ini dilihat langsung tidak menghormati semangat negara berpelembagaan dimana pada perkara ke 10 perlembagan negara dengan jelas memperuntukan; KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN. Yang mana inti patinya menyatakan rakyat berhak bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman tanpa senjata.

Jelas sekali ada sesetengah pihak memanipulasikan perlembagaan ini dengan mencipta anasir -anasir subversif bagi menghalang peruntukan dibawah perkara 10 ini.

Rentetan - rentetan dari beberapa peristiwa yang berlaku pihak berkuasa telah menggunakan kuasanya untuk membuat pelbagai sekatan jalan raya sehingga mengakibatkan kesusahan kepada rakyat teramai.

Rakyat amat memahami tugas - tugas pihak berkuasa dan sentiasa menghormati tindakan pihak berkuasa, namun rakyat sedar betapa pihak berkuasa mampu untuk bekerja sama dengan memberikan kelonggaran bagi memenuhi tuntutan BERSIH agar dapat berjalan dengan aman dan teratur.

Tetapi malang sekali, suara rakyat tidak didengari malah provokasi -provokasi telah mencemarkan perhimpunan dengan penangkapan lebih 1400 orang yang hadir.

Biarlah apa pun yang dicanangkan oleh sesetengah pihak media yang tidak berprinsip namun rakyat sudah mampu untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk.

Tidak ada kezaliman yang sukan keadilan, tidak ada kekejaman yang mahukan kebaikan..begitu juga lumrah berjuang walaupun dengan aman pasti ada tentangan.

Yang pastinya anak muda sudah seiring dengan sejarah, mereka membaca, mereka menilai, mereka melihat, mereka menghidu dan mereka merasa pedih dimata. Asap bukanlah halangan, air juga bukan lawan. Mereka berdiri, mereka bersuara dengan satu nada yang sama, mereka menutut KEBENARAN, mereka menuntut DEMOKRASI.

Dengan Kasih dan Sayang.
terima kasih.

Saturday 9 July 2011

SUARA DAN NEGARA

Memahami tanggungjawab dan hak terhadap masa depan demokrasi dan pilihan raya di tanah air ini.














LOVE ON THE STREET.

AWEK2 DAN MUSLIMAH YG CUN DAN COOL PON TURUN.


RAHMAT HARUN



RAHMAT HARUN menyayikan lagu gelang sipaku gelang. Sambil menuju ke KLCC.

SUARA RAKYAT, SUARA DEMOKRASI.







Jalan ke CM telah di halang oleh pihak FRU lengkap dengan water canon dan senapang gas pemedih mata. Orang ramai mengubah haluan lagi ke KLCC.







Para penyokong BERSIH menukar haluan ke Central Market setelah laluan ke Stadium Di tutup.



9 Julai 2011: Dr Hatta, Dato' Chua Jui Meng, Yb Azan dan Yb Zuraidah bersama-sama penyokong BERSIH yang dihalang ke Stadium Merdeka terpaksa berpatah ke Jalan Hang Jebat.