Thursday 9 December 2010

KISAH PERJUANGAN MENUNTUT PERUBAHAN.


5 disember telah dirakam sebgai sebuah sejarah perjuangan rakyat menuntut perubahan, kerajaan telah percaturan ekonomi rakyat. Kenaikkan harga barangan dan minyak menggerakkan rakyat untuk turun ke jalan raya menyatakan pendirian dan penentangan terhhadap kenaikkan tersebut.
foto oleh : kaarishitam.

Tuesday 7 December 2010

PROJEK TERTUNDA

Masih di kuala terengganu, azan subuh mengejutkan aku, cuma lima orang jemaah pagi ini yg lain entah kemana…..cuaca pagi ini cukup baik mentari sinar-menyinar, udaranya nyaman…sebungkus nasi dagang untuk sarapan sudah memadai. Tak ada agenda rasmi untuk hari ini tapi yg pastinya ada satu dua urusan personal yg perlu disettlekan.

Projek baru masih lagi kelam kabut, belum ada satu lakaran khusus yg boleh dibuat rujukan. Buntu, lemau dan kepenatan menyelimuti otak..masih belum ada cas-cas positif yg boleh melonjakkan semangat untuk berkarya.

Teringat satu masa dulu sewaktu bersama kawan-kawan di studio, masing-masing buntu dan lemau. Kerja-kerja design memang perlukan masa, kadang-kadang 2-3 hari pun belum tentu terconteng 'butter paper'.

Sunday 5 December 2010

RAKYAT DI NAFIKAN HAK UNTUK MENGADAP SULTAN, MENJUNJUNG DULI...





MEREKA HANYA MENUNTUT HAK!!

Air adalah nikmat yg di kurniakan Allah kepada makluknya di muka bumi ini, ia merupakan sumber asas  kepada semua makhluk yg bernyawa untuk meneruskan kelangsungan hidup, tanpa air samalah ertinya tiadalah kehidupan. Ada pun manusia dia awal ketamadunan amatlah menghargai sumber air hatta penempatan awal manusia adalah di tepi-tepi sungai dan juga laut. 

Meskipun zaman telah berubah menjadi serba moden dan canggih, namun keperluan air tetap sama ia adalah sumber minuman, keperluan untuk mencuci, bercucuk tanam dan sebagainya dan berbeza mungkin ianya bukanlah lagi sebagai laluan pengangkutan utama dan sebagainya.

Kalo dahulunya setiap isi rumah mendapat air secara sara diri (sendiri angkatlaa kat sungai ke laut ke..) berbeza pada saat ini ianya disalirkan dari rumah-kerumah dengan satu sistem yg kompleks dan tidak mudah,..

Kalo di Indonesia sejak tahun 1882 lagi air ini telah diperdagangkan,..harganya 2-3 sen untuk 2 tin minyak tanah. Lihatlah betapa sumber asas ini telah di perdagangkan untuk mendapatkan keuntungan.
Hari ini kita menjadi saksi betapa kelemahan dan salah takbir sistem menyebabkan rakyat menanggung beban.

Peningkatan tarif air yg terlalu tinggi sememangnya tidak wajar dan membebankan rakyat termiskin, golongan pelajar, buruh-buruh dan perniaga-perniaga kecil. 

Sesungguhnya Islam telah mengesyorkan kaedah-kaedah dalam perniagaan, barang yg bagaimanakah yg boleh di pedagangkan dan dilipat gandakan keuntungannya.

Adapun islam melarang barangan asas ( beras, gula, garam dll ) rakyat di perniagakan dengan keuntungan yg berlipat kali ganda dan berbeza pula dengan barangan-barangan yg bukan menjadi keperluan asas seperti barangan pakaian dan sebagainya.

Adalah jelas kenaikan tarif air ini amat tidak mematuhi tuntutan syarie dan langkah kerajaan selangor adalah tepat…rakyat hanya mahukan haknya.







KEZALIMAN YANG DI TERIMA…TERIMA KASIH!!
PERGI MAMPOOSSS..!!

Saturday 13 November 2010

"KALO MENTARI BOLEH DIJUAL BELI KOPOM DEPA JUAL…."







Hari ni di kampung aku menjadi saksi satu sejarah, sejarah peradaban manusia moden. Kita semua maklum   saban hari hak dan milikan kita kian pupus samada pupusnya kerana 'sunattullah' atau lumrah alam atau atas dasar keuntungan dan kejahilan manusia.

Pembangunan yg pesat (kononnya) telah membuatkan ringgit dan dollar menjadi fokus dalam setiap aspek.
Itulah yg berlaku dimana-mana pun, di peringkat dunia, di negara kita, malahan di kampung-kampung kecil.

Usahlah di bicarakan soal dan hal moral, usahlah di gembar-genburkan soal kemajuan ummah, itu semua hampir menjadi perkara karut-marut dalam trend pembangunan saat ini. Soal budaya dan maruah bangsa toksah tanye, itu semua 'nonsense' dalam akidah kapitalist itu semua tolak tepi, keuntungan adalah matlamat, keuntungan adalah makrifat yg tertinggi.

Sesiapa yg mampu membuat keuntungan demi keuntungan itula wali-wali para kapitalist,…keuntungan tanpa memikirkan soal budaya, soal moral, soal timbang rasa, tanpa kemanusiaan, tanpa cinta.

Kapitalist tak mengenal saudara sebangsa, kapitalist juga tak mengenal abang adik, ia buta ayah dan ibu, kapitalist tak pernah ada rasa dan simpati yg wujud dalam kapitalist adalah pulangan..keuntungan.

Agama akan di jual beli, pendidikan akan di dagangkan, cinta juga ada harganya,..nyawa boleh jadi taruhan jika keuntungan boleh dilipat gandakan,…lihat saja Iraq, Afghanistan, malahan ground zero pun boleh musnahkan, asalkan justifikasi keuntungan itu jelas.

Usaha dan tenaga para kapitalist tak akan pernah padam. Mereka akan menggunakan apasaja cara untuk menjayakan misi keuntungan. Yakin dan percayalah jika matahari boleh di jual beli pastinya mereka dah letakkan DEPOSIT dan SEWAnya pasti tidak kurang dari satu DOLLAR sehari.

Wednesday 10 November 2010

Selalunya bila ke kedai buku aku gerenti pokai,..gila bergegar di kepala kalau sebiji buku pon aku tak beli, lebih-lebih lagi 'time' dapat gaji..hahahhaaa…geram, seram sejuk aku kalau tak cukup duit nak beli buku, kengkadang rase nak jee aku rompak kedai buku tuh nasib baik mohammad tu kenal muka aku,..kalau aku rompakkan kantoilaa pulak dia repot polis…ahhhhh.

Karang si faizal takda laa pulak datang opis bawak buku banyak-banyak beli tapi bayar dua kali ..hahahaaa..ahhh sesungguhnya keputusan yg bangang kalau aku rompak kedai buku tu,..baik BASHEER, baik KINO atau kedai ALAM AKADEMIK hatta PUSTAKA MUKMIN sekali pun..hahahaa..uhhhhh. apa nak buat duit tak cukup.

Mungkin hujung bulan nanti duit gaji aku langsaikan hutang rm60 hinggit lagi duit buku 'the new indonesian arch..' lepastu mungkin bole la aku ranapkan gaji aku dengan 'event city 4' pulak..hahhahaaa.

Keghairahan membeli buku akan memuncak bila 'preview' kulit belakang sebiji buku itu meninggalkan 'statement' atau persoalan. Bila ini yg berlaku aku selalu tak senang duduk dan rasa ingin tahu mampu memerangkap aku untuk memiliki buku. Ya aku mungkin bole beredar dari kedai berkenaan tapi awas, sekali lagi ternampak buku yg di baca tadi,..gua conform pokai lagi.

Untuk terus berjalan di muka bumi ini ilmu pengetahuan perlu jadi bekalan, ..sambunglagiesok.

Tuesday 9 November 2010

SEMUA DENGAN TAKDIR ALLAH.





Aku yakin semua telah tertulis pada takdir yg ditetapkan Allah, setiap yg hidup pasti akan mati, yg berdiri pasti rebah, yg bergerak pasti terhenti..

Samala jua deruan kereta dikesibukkan kota kuala lumpur pasti sepi dikala awal pagi. Kesibukkan kota mengingatkan aku akan kedamaian kampung halaman, para nelayan menanti fajar untuk kelaut mencari hasil, para pekebun turun ke ladang sebelum terbitnya sang mentari, semuanya untuk mencari rezeki, sesuap nasi, secangkir kopi dan wang saku untuk belanja anak-anak.

Arus kemodenan telah menghambat pembangunan, kini banyak kampung halaman tergadai demi pembangunan. Daerah yg damai suatu ketika dulu bakal lesap, yg kekal hanya ingatan-ingatan silam sewaktu bermain konda-kondi, bola tin, bola katok, guli, galah panjang dan tok harimau saja yg ada selebihnya khatam, habis dan 'the end'.

Kini lupakan saja soal rezab Melayu, kampung melayu, sawah padi, kampung nelayan apatah lagi kubur melayu, corak pemikiran di alaf yg ke 21-22 ini asasnya adalah ringgit, dolar, yen, yuan, rupiah dan euro.
kesejahteraan di ukur dengan tebalnya kepingan 'currency' selebihnya tolak tepi,..soal budaya, soal agama, soal survival umat tolak tepi kalau tak buat untung…sila tolak tepi.

Di kuala terengganu soal pembangunan hebat dan rancak di kedai kopi,..baik di kedai mat ali( dah roboh sekarang ini), kedai roti canai brahim, kedai wahid (antara founder kedai kopi dan pot otai-otai main dam aji di daerah Ladang ini), kedai mansor dan kedai kopi ladang(pot anak muda tengok EPL).

Ya semua 'berOmong' soal pembangunan suka atau tidak, tidak jadi masalah yg penting kamu semua 'wajid suka'.

Dua hari lepas rumahku di kampung sedikit demi sedikit tumbang, aku belum sempat menyaksikan adengan ini dengan mata kepada aku sendiri mungkin aku akan menangis, mungkin aku akan meraung, mungkin aku akan maki-maki sang pemerintah, mungkin lutut aku akan lemah lalu menyembah bumi.

Tapi pembangunan perlu di teruskan demi dolar, demi ringgit dan demi khazanah bumi dan yakin dan pastilah bahawa tidak berguguran sehelai daun pun di muka bumi ini tanpa izin Allah, tidak jatuh biji dalam kegelapan malam tanpa izin Allah dan tidak ada basah dan kering selain telah tertulis di LUH MANFUZ.

Allahuakbar.

Monday 8 November 2010

Andai hujan di kuala lumpur petang ini.

Kalau lah hujan di kuala lumpur petang tadi, mungkin aku masih termenung di kantor menongkat dagu kebosanan,
kalaulah hujan di kuala lumpur petang tadi mungkin juga aku masih di kantor mengadap monitor yg terang benderang,
kalaulah hujan di kuala lumpur petang tadi mungkin aku basah kuyup ber motorsikal pulang ke rumah,…
kalaulah hujang di kuala lumpur petang tadi mungkin aku batalkan semua niat ku untuk melabon sampai malam,
Ahhh kalau lah hujan di kuala lumpur petang tadi mungkin banjir kilat akan menengelami seluruh kota kuala lumpur, semua warga asing hilang tempat berteduh di bawah jambatan malam ini, mat pit-mat pit mungkin mati kelemasan, kereta-kereta tenggelam dan Kapitalist bakal mengaut keuntungan

Sunday 7 November 2010

MUSYRIKIN DAN FITNAH

Penyair Gila itulah yg di tuduh oleh kafir musyrik kepada Rasulullah S.A.W ketika Rasulullah menyebarkan risalah Islam,..itulah harga sebuah perjuangan

Friday 5 November 2010

AZAN DARI SEORANG BAGINDA.

Kuliah magrib hari ini cukup istimewa, Surau Al Naim,Wangsa Maju menjadi saksi penerangan oleh Al fadhil Ustaz mohammad bin ibrahim tentang dalam perjuangan tidak ada putus asa dan kecewa,..ya tiada istilah GIVE UP dalam perjuangan,..kerana perlu adanya kesedaran bahawa matlamat dalam perjuangan Islam adalah bukan mencari kemenagan semata-mata, kerana dalam menyebarkan risalah ketuhanan soal menang adalah urusan nombor 2 yg pertama adalah keikhlasan dan istiqamah…

Kerana dalam memperjuangkan Islam dan menyampaikan risalah kebenaran itu adalah tanggung jawab setiap muslim dengan kata lain urusan dakwah islam adalah urusan setiap umat Islam dan soal berjayakah perjuangan dan penyampaian dakwah itu adalah HAK Allah,..urusan HIDAYAH adalah HAK ALLAH urusan kemenangan adalah HAK ALLAH,..kita hanya menyampaikan.

Jadi disinilah soal kekecewaan dalam perjuangan harus dilihat semula, kerana sebagai umat sewajarnya soal kecewa tidak timbul sekiranya urusan penyampaian telah kita lakukan, telah di usahakan dan diperjuangkan…tanggungjawab kita selesai di situ,..selebihnya ALLAH punya kuasa.

Sebagai individu kita mempunyai keterbatasan dalam menyampaikan risalah Islam ini, namun alangkah indahnya negara ini sekiranya di kalangan pemimpinnya bersama-sama berjuang menyebarkan risalah ini,..penahkah kita terfikir jika seorang SULTAN sendiri yang mengumandangkan AZAN ASAR dan SUBUH?..Inilah keistimewaan seorang SULTAN yang bernama TUANKU SULTAN MUHAMMAD KE-V.

Jika TUANKU SULTAN MUHAMMAD KE-V telah memberi satu contoh yg amat terpuji, pastinya satu kenikmatan telah dicurahkan oleh ALLAH kepada hamba-hambanya yg bersyukur dan bersabar…sebak dan terharu adalah kata-kata yg dapat di gambarkan apabila mengetahui perkara ini. Alangkah beruntungnya setiap rakyatnya dapat mendengar AZAN yg dilaungkan oleh AL SULTANnya sendiri, menyeru setiap umat Islam dan rakyatnya supaya mentauhidkan ALLAH dan Menuju kejayaan

BAGINDA telah melakar sejarah,..merubah persepsi, memberi inspirasi. Berjuang tanpa ada kekecewaan Sesungguhnya Janji ALLAH itu PASTI,

Thursday 4 November 2010

REZEKI DIMANA-MANA, CINTA TETAP DI HATI...



SELAMAT HARI DEPAVALI MALAYSIA.

Suasana pagi ini amat cerah sekali,..walaupon cuti depavali aku macam biasa lebih gemar bangun awal,..isi berita aku baca, hal-hal semasa yg tercatat pastinya memilukan hati dan masa depan tanah air ini saban hari semakin statik,…apa mungkin setiap warga di malaysia dapat menilai dengan baik keadaan ekonomi negaranya sekarang?..pastinya ada yg sesak nafas dengan dasar kerajaan yg memutuskan kenaikan harga barang,..dari satu sudut yg lai pula masih ada golongan yg masih kabur dengan tindakkan pemerintah.

terkadang dipaparkan di blog-blog berita kemerosotan sistem ekonomi dunia sekali gus membuka ruang para kapitalis menaikkan harga barang, menggandakan keuntungan..ini adalah realiti hari ini. Dari pusat asuhan kanak-kanak, kilang-kilang, pejabat-pejabat kerajaan serta firma-firma swasta kenaikkan harga barang pasti menjadi topik yg di bincangkan..

Mungkin pak abu diseberang Marang terengganu tak tahu,..atau mungkin mamat jenal sebelah kedai kopi ladang pon tak ambil 'pot' menjelajah dunia internet memcari berita tentang naiknya harga barang dan statiknya kadar upah gaji rakyat-rakyat dimalaysia. Umumnya bagi masyarakat di bandar biasanya mereka lebih peka tentang hal ini…kos sara yg semakin memuncak, upah kerja yg tidak berkadaran dan ada yg mampu bertahan sekadar setengah bulan.

Bayangkanlah jika upah seorang POSMAN di bandaraya kuala lumpur masih lagi RM700. Benarkah kita masih mampu berdiam diri tanpa sepatah perkataan yg mampu kita luahkan untuk menyatakan kesedihan untuk menerima kenyataan ini?..Jika ia pun kerajaan hanya mampu membayar upah POSMAN sebanyak itu kerana ekonomi negara ini masih lagi tidak memberansangkan, cuba fikirkan kembali arah tuju sistem ekonomi kita. Benarkah sistem sekarang masih lagi boleh berkesan?…

Atau sudah sampai masanya kita menuntut perubahan secara total,..merubah cara berekonomi, merubah cara berkomuniti, merubah sistem pendidikan dan paling penting merubah persepsi iaitu merubah cara berfikir. Upah dan kerja perlu di fikirkan kerana "REZEKI DIMANA-MANA DAN CINTA TETAP DI HATI".

Tuesday 26 October 2010

"TERLAJAK"

KATA ORANG KALO TERLAJAK PERAHU BOLE BERUNDUR TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA,…

JADI APA SUDAH NYA ,…TAKUT UNTUK BERKATA-KATA,..SAMPAI HILANG JATI DIRI DAN PRINSIP,..

KALO BEGITU JAWAB NYA, KITA KENA UBAH CARA BERFIKIR,..APA MASIH RELEVAN LAGI KAH KAEDAH PEMBELAJARAN DENGAN CARA MENGHAFAL,..

OOHH

Friday 22 October 2010

SEPERTI BIASA...

Seperti pagi2 yg lain selesai solat dan mengaji aku akan hidupkan hari aku dengan menunggang scooter….arah tujunya, kalo tak pekena nasi lemak aku akan makan nasi dagang. Kalo di Au3 ni nasi lemak faveret  aku disekitar Au2, menunya nasi lemak sotong dan kentang kalo takpun aku makan nasi dagang dekat2 Au2 jugaklaa rasanya boleh tahan jugaklaa kalo nak dibandingkan dengan nasi dagang kat tenganu memang tak boleh lawan laa..,ada lagi satu tempat yang best juga nasi dagangnya, tapi hergenya maha sangat..sesekali kalo nak makan tu boleh laa..kalo hari2 kopak juga laa poket jawabnya….
Tapi pagi ni aku buat perubahan sikit,..hahahhaa aku pergi "exercise"..dah lama tak exercise beb,..aku jogging hari beb..hahahaha jogging..hahahhahaaa.

Tuesday 19 October 2010

Dear Boss...Hahahhahaa

PAKATAN AKITEK SDN BHD.
44 persiaran 65c,Perkeliling Business Centre,
Off jalan Pahang barat,53000 Kuala Lumpur.

Oktober 20, 2010.

Dear Boss,

Effective December 20,2010 a month from the date, above, I resign my position as architect.

I have enjoyed working here and appreciate all that I have learned. I wish you all the best going forward.

Sincerely,

Kaarishitam

c.c.

Monday 18 October 2010



CABARAN MENDIDIK ANAK-ANAK GENERASI Y…

Ahad lalu (17oktober 2010) satu forum telah dijalankan di auditorium HUKM cheras yg bertajuk Cabaran Mendidik anak2 generasi Y.
Merujuk pada tajuk forum berkenaan sudah pastinya terbayang di fikiran kita betapa besarnya tanggungjawab kita untuk mendidik anak2 dizaman sekarang khususnya Gen-Y.
Mengapa perlu di jadikan isu perkara-2 begini,..apakah hasrat sebenar kita sehingga isu hala tuju masa depan anak2 kita perlu dibahaskan..?
inilah soalanya…
jawabannya memerlukan daya fikir kita kembali sejenak kealam nyata sekarang ini,.. apakah tidak cantik?,..tidak molek lagi generasi2 muda yg ada dihadapan kita hari ini,..apa yg kurangnya lagi?..pada hal yg manakah semacam anak2 muda ini dilihat sebagai individu yg senangtiasa membawa kesan negatif?,…
Sambung...

Thursday 14 October 2010

"MENANTI FAJAR"



Mata dah rabak rasenya,..tapi macam ada coretan nak diluahkan,
…aahhh bukanlah barang yg mustahak pun,
 tapi mungkin cukup untuk menempiaskan hasrat dini hari,..
semakin hari semakin berat dibenak fikiran,
 tapi mustahil jika hanya disimpan tanpa putusan,
tapi mengharapkan hasilnya. Hari semakin pagi walau bagaimanapun,
coretan pendek ini cukup untuk mengingatkan diri ini,
bahwa esok mungkin harinya penting barangkali,
..atau mingkin lusa atau tulat,..ahhhh simpan dululah,
..biar pasti, biar sah, biar mimpi malam ini jadi navigator atau kemudi,
mana harusya layar ku tebarkan.

Wednesday 13 October 2010

"Aneh bukan??!!!"

"Apa-apa pun segala keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan dan dijangka ditetapkan dalam tahun 2012,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti 2010 di sini hari ini. 

Aneh!!..

Entah mana letak akal dan fikiran projek nuklear negara ini kemugkinan besarnya pasti dijayakan juga…
hahhahaaa…banyak perkara aneh dan kelakar yg dibuat kajian tahapnya tak masuk akal,..

kenapa begitu …hahahaaa..
kerana lokasi yg sesuai masih belum ditemui,..anehkan? kenapa susah sangat untuk ditetapkan logi nuklear ini,..letak sajalah diputrajaya..kenapa?..tak boleh?!!,, dibekas tapak pudu jail…kenapa?..tak sesuai..

tapi kenapa?..BAHAYA..!!..haah..BAHAYA ke?…Bodoh!! kalo bahaya kenapa nak dibina jugak!!
ahahahhahahahahaaa.

…..utusangMelaysiauu..
Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Daud Mohamad berkata, lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.

"Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir.

"Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal.

Tuesday 12 October 2010

"Selamat Pagi.."

Sudah menjadi lumrah umat moden hari ini, asal saje bangun pagi pastinya Utusan Melayau, Berita Hairan, metroo, Kosmor dan Lain2 lagi pasti jadi akhbar pilihan. Entah sudah berapa abad umat moden dinegara kita ini mengamalkan rutin2 ini..kalo di ikut perkiraan logiknya mungkin sudah menjangkau 50 tahun...jadi isunya disini adalah apakah isi berita di akhbar2 ini benar2 memberi manfaat kepada umat moden hari ini,..separuh benar sahaja mungkin jika dikatakan akhbar2 ini menyumbang kepada "keintelektualan" minda masyarakat moden hari ini...hahahaa.Benar atau tidak tepuk dada tanyala selera..

Tidak kertelaluan jika aku katakan rata2 akhbar ini banyak menyiarkan berita2 yg sensasi dan murahan kalo ada pon pasti untuk mengaut keuntungan atau mungkin ada udang dibatu kelilkir..hahahaa.disebabkan itulah ramai dikalangan anak muda sekarang hilang minat untuk membaca akhbar2 nasional sekarang dan kemunculan blog2 berbentuk berita dan infomansi adalah manifestasi masyarakat moden bagi menyatakan perlunya idea2 baru dan sumber2 alternatif dalam penyebaran maklumat yg dulunya dimonopoli oleh sesetengah pihak yg berkepentingan samada untuk mengaut keuntungan ataupun pengaruh politik.

kenyataannya masyarakat semasa yg buta maklumat yg telus.Usaha dan inisiatif sesetengah pihak indipenden mewujudkan blog2 berbentuk berita dan info semasa baik berbentuk politik atau ilmiah telah menyumbang kearah pencerahan minda masyarakat yg kian lama tertipu oleh lakonan media dan akhbar yg berkepentingan.Kemunculan laman2 sosial berbentuk forum juga telah memecah monopoli sumber infomasi dan dilihat lebih telus serta lebih terbuka...hahahahaha..selamat pagi.

Monday 11 October 2010

kaarishitam pictocraft: " JANGAN TUNGGU..BUAT JEE"...HAHAHHAHAA

kaarishitam pictocraft: " JANGAN TUNGGU..BUAT JEE"...HAHAHHAHAA

" JANGAN TUNGGU..BUAT JEE"...HAHAHHAHAA

credit to : intanshafinaz.

"JANGAN TUNGGU..BUAT TERUS..BUAT DENGAN AZAM"
Dalam minda aku banyak impian yg belum terlaksana tapi banyak juga yg dah terlaksana,..dan yg ini salah satunya impian yg selalu juga bermain diminda, meringankan beban sesama manusia, kerja camgini bukanla perkara baru bagi aku dulu masa join MERCY malaysia juga perkara yg sama juga aku buat pokoknya kena buat dengan hati yg ikhlas kena kuat azam,..kena buat, tak boleh tunggu, buat-kena-buat, kalo tak essookkkk aaaa..jawabnya..tak kemana.
hahahhaaa..banyak orang nak berubah tapi tunggu dulu..sampai bila..hahahhaha jawabnya jadi sampahlaa.."EXPIRED"..HAHAHAAA.

"CONFIRM"





"CONFIRM.."

"FRANK ZAPPA,SYD BARRET AND T-SHIRT"..HAHAHHAAAA


"ALA T-SHIRT JEE...HAHAHAA"

"Anda berhak memilih apa corak kehidupan anda, tak siapa nak ambik pot selagi anda tak buat hal,..rocker ke anda,..blues ke,..rapper ke..,punk ke?..., senasib ngan bob marley ke?..atau husky macam frank zappa ke,..taddahal...anda berhak mencorakkan kehidupan anda, tapi kebebasan disini pasti ada batasnya,...hahahaa JANGAN SAMPAI MENJERUT LEHER SENDIRI SUDAH,..tak kenal maka tak cinta..."

" TOGETHER WE PROMOTE LOVE...LOVE OF JUSTICE "..


" TOGETHER WE PROMOTE LOVE...LOVE OF JUSTICE "..

ntahlaa..street photo ni kengkadang memang menarik banyak subject disekeliling kita yg kita sendiri tak perasan cuma bagi mereka2 yg terlebih "jiwang" dan perihatin je kot dok sebok membahaskan benda2 camnih..hahahhaaa..aku kan "jiwang"..jadi subject kali nih adalah grafiti kat area petaling street dan aku pikir ia bukan untuk di tonton tapi untuk "diFIKIRkan"....
" TOGETHER WE PROMOTE LOVE...LOVE OF JUSTIcE "...

" RAMADHAN DAN KEMERDEKAAN "...

"SAPA CAKAP POSE KENA TIDO JEE..."

Sambutan kemerdekaan tahun ini agak menarik kerana mungkin disambutkan dibulan ramadhan..tak banyak bendera2 yg berkibar yelaa bulan puasala katakan..tapi kira oklaa taddalaa nak membazir perabis duit kan..SIMPAN buat duit raya..hahahhahaa..
so, time pose tak semestinya aku tak pi buat outing...at least ada juga momento bulan Ramadhan tahun ini...hahahhaa

"NEW POST..HAHAHAAAA"

"ARGGHH.."
Lama untuk menunggu posting yg baru ini..banyak yg wajib di dahulukan,..tapi disaat kesibukkan,..kebuntuan membuatkan aku perlu melihat semula arah tuju hidup ini,..
kalo terus terkurung dengan corak kehidupan yg serba monotonous ni jawabnya jahanamla usia muda aku ni..jadi, yg bole dibuat hari ini,..melangkah terus usah dinanti hari esok..dan hari2 yg mendatang perlu dirancang sebaiknya..ahahhaaaa..

Sunday 13 June 2010