Friday 19 June 2009

Monday 18 May 2009

Monday 11 May 2009

Wednesday 6 May 2009

Classic Bike Gathering : Kuala Terengganu.




kalo dah nama pun motor klasik kan kenala belai selalu kan, so senario macam ni adalah permandangan biasa bagi pencinta motor klasik ni.
menurut cerita zool (member yang ikut serta konvoi) dah memang adat bagi kaki yang minat motor klasik ni, bila konvoi pasti ada motor yang rosak...itulah trill yang menjadi keseronokkan bagi mereka nih...bukanla maksudnya diorang mintak motor tu rosak tapi jika belaku sebarang kerosakkan biasanya mereka akan repair motor mereka nih sendiri dan apabila motor masalah dapat diselesaikan mereka akan sambung perjalanan hingga sampai ke destinasi...apabila sampai ke destinasi itulah puncak kelegaan bagi mereka..dalam kata lain...PUAS.

Tuesday 5 May 2009

Classic Bike Gathering : Kuala Terengganu.



Kebetualan betullah,..mungkin rezeki balik kampungla orang cakapkan.
kiranya balik kampung kali nih ada extralaa...apa taknya geng-geng classic bike buat gathering kat terengganu yang best partnya kat primula hotel,..ala depan rumah aku jee...hahahhaa.Yang lagi menariknya dapat pulak jumpa member lama masa belajar dulu, dia pun ada ikut konvoi geng-geng selangor...wahh...kiranya memang best laa balik kampung kali nih...hahhahaha.amacam Man motor ko okey?...hahahha
Lalalaa,...
wahai angin wahai angin,
penatku berdiri menanti hujan,
mau belari mau berhujan diribut timur ini,

ohhh lalallaa,
wahai suria, wahai suria,
temani aku berpanas disini menati awan,
ah temankan aja suara bisu....

Senja diMasjid Putih




5 Mei 2009
Hampir 4 bulan tak menjenguk ke kampung halaman so dikesempatan cuti hari buruh aku pulang....

Tak banyak yang berubah di kuala terengganu, bau udaranya masih sama, anginnya masih sepoi-sepoi bahasa macam mengalu-ngalukan kepulangan aku je heee rindu kot.
Ahhh....penat bukan kepalang tapi berbaloi...dari kolumpor singgah di kuatan sampailah ke kuala ini...Ahh puas.

Monday 19 January 2009








10 januari 2009,
kiranya dah lama sangat aku tak update blog nih, banyak halnya, kekurangan material, kerja dipejabat yang berlambak - lambak, jadi itu semua alasan yang berkumpul dibenak aku memberatkan kepala...

jadi 10 januari lepas aku luangkan sedikit masa menikmati sarapan di sebuah restoran yang terkenal dengan masakan pantai timur,...sekali sekala menjamah nasi dagang memang enak,...dah lama tak balik ke kampung so sangat kempunan...hahahaa..
Aku tak berseorangan, ditemani seorang kawan yang juga teman rapat yang sekepala kami bersarapan,...

semestinya ada sahaja cerita yang ingin diborakkan dari perihal di pejabat sehinggalah komen dan kritikan tentang soal politik dunia, konflik di GAZA dan tentunya tak sah jika tidak diselitkan dengan cerita pasal jentera 4 roda : kereta.

kali ini kali lebuh focus dengan angan - angan yang lebih realistik...aku sememangnya penggemar kereta -kereta dari eropah terutamanya keluaran Perancis..yang senonim dengan nama CITROEN atau PEUGEOT (walaupun ada beberapa nama lagi tapi aku tidak begitu taksub dengan nama lain itu hahhaaa)...

Surjit, merupakan nama yang sudah tidak asing lagi dengan jenama Citroen bagi penggemar kereta ini...bak kata orang alang - alang menyelup pekasam biar sampai ke lengan, agenda kami seterusnya menerjah ke bengkel Surjit yang terletak di Batu Cave ...untuk melihat sendiri dengan mata dan kepala koleksi - koleksi yang ada di bengkel Surjit....