Thursday 9 December 2010

KISAH PERJUANGAN MENUNTUT PERUBAHAN.


5 disember telah dirakam sebgai sebuah sejarah perjuangan rakyat menuntut perubahan, kerajaan telah percaturan ekonomi rakyat. Kenaikkan harga barangan dan minyak menggerakkan rakyat untuk turun ke jalan raya menyatakan pendirian dan penentangan terhhadap kenaikkan tersebut.
foto oleh : kaarishitam.

Tuesday 7 December 2010

PROJEK TERTUNDA

Masih di kuala terengganu, azan subuh mengejutkan aku, cuma lima orang jemaah pagi ini yg lain entah kemana…..cuaca pagi ini cukup baik mentari sinar-menyinar, udaranya nyaman…sebungkus nasi dagang untuk sarapan sudah memadai. Tak ada agenda rasmi untuk hari ini tapi yg pastinya ada satu dua urusan personal yg perlu disettlekan.

Projek baru masih lagi kelam kabut, belum ada satu lakaran khusus yg boleh dibuat rujukan. Buntu, lemau dan kepenatan menyelimuti otak..masih belum ada cas-cas positif yg boleh melonjakkan semangat untuk berkarya.

Teringat satu masa dulu sewaktu bersama kawan-kawan di studio, masing-masing buntu dan lemau. Kerja-kerja design memang perlukan masa, kadang-kadang 2-3 hari pun belum tentu terconteng 'butter paper'.

Sunday 5 December 2010

RAKYAT DI NAFIKAN HAK UNTUK MENGADAP SULTAN, MENJUNJUNG DULI...





MEREKA HANYA MENUNTUT HAK!!

Air adalah nikmat yg di kurniakan Allah kepada makluknya di muka bumi ini, ia merupakan sumber asas  kepada semua makhluk yg bernyawa untuk meneruskan kelangsungan hidup, tanpa air samalah ertinya tiadalah kehidupan. Ada pun manusia dia awal ketamadunan amatlah menghargai sumber air hatta penempatan awal manusia adalah di tepi-tepi sungai dan juga laut. 

Meskipun zaman telah berubah menjadi serba moden dan canggih, namun keperluan air tetap sama ia adalah sumber minuman, keperluan untuk mencuci, bercucuk tanam dan sebagainya dan berbeza mungkin ianya bukanlah lagi sebagai laluan pengangkutan utama dan sebagainya.

Kalo dahulunya setiap isi rumah mendapat air secara sara diri (sendiri angkatlaa kat sungai ke laut ke..) berbeza pada saat ini ianya disalirkan dari rumah-kerumah dengan satu sistem yg kompleks dan tidak mudah,..

Kalo di Indonesia sejak tahun 1882 lagi air ini telah diperdagangkan,..harganya 2-3 sen untuk 2 tin minyak tanah. Lihatlah betapa sumber asas ini telah di perdagangkan untuk mendapatkan keuntungan.
Hari ini kita menjadi saksi betapa kelemahan dan salah takbir sistem menyebabkan rakyat menanggung beban.

Peningkatan tarif air yg terlalu tinggi sememangnya tidak wajar dan membebankan rakyat termiskin, golongan pelajar, buruh-buruh dan perniaga-perniaga kecil. 

Sesungguhnya Islam telah mengesyorkan kaedah-kaedah dalam perniagaan, barang yg bagaimanakah yg boleh di pedagangkan dan dilipat gandakan keuntungannya.

Adapun islam melarang barangan asas ( beras, gula, garam dll ) rakyat di perniagakan dengan keuntungan yg berlipat kali ganda dan berbeza pula dengan barangan-barangan yg bukan menjadi keperluan asas seperti barangan pakaian dan sebagainya.

Adalah jelas kenaikan tarif air ini amat tidak mematuhi tuntutan syarie dan langkah kerajaan selangor adalah tepat…rakyat hanya mahukan haknya.







KEZALIMAN YANG DI TERIMA…TERIMA KASIH!!
PERGI MAMPOOSSS..!!