Saturday 13 November 2010

"KALO MENTARI BOLEH DIJUAL BELI KOPOM DEPA JUAL…."







Hari ni di kampung aku menjadi saksi satu sejarah, sejarah peradaban manusia moden. Kita semua maklum   saban hari hak dan milikan kita kian pupus samada pupusnya kerana 'sunattullah' atau lumrah alam atau atas dasar keuntungan dan kejahilan manusia.

Pembangunan yg pesat (kononnya) telah membuatkan ringgit dan dollar menjadi fokus dalam setiap aspek.
Itulah yg berlaku dimana-mana pun, di peringkat dunia, di negara kita, malahan di kampung-kampung kecil.

Usahlah di bicarakan soal dan hal moral, usahlah di gembar-genburkan soal kemajuan ummah, itu semua hampir menjadi perkara karut-marut dalam trend pembangunan saat ini. Soal budaya dan maruah bangsa toksah tanye, itu semua 'nonsense' dalam akidah kapitalist itu semua tolak tepi, keuntungan adalah matlamat, keuntungan adalah makrifat yg tertinggi.

Sesiapa yg mampu membuat keuntungan demi keuntungan itula wali-wali para kapitalist,…keuntungan tanpa memikirkan soal budaya, soal moral, soal timbang rasa, tanpa kemanusiaan, tanpa cinta.

Kapitalist tak mengenal saudara sebangsa, kapitalist juga tak mengenal abang adik, ia buta ayah dan ibu, kapitalist tak pernah ada rasa dan simpati yg wujud dalam kapitalist adalah pulangan..keuntungan.

Agama akan di jual beli, pendidikan akan di dagangkan, cinta juga ada harganya,..nyawa boleh jadi taruhan jika keuntungan boleh dilipat gandakan,…lihat saja Iraq, Afghanistan, malahan ground zero pun boleh musnahkan, asalkan justifikasi keuntungan itu jelas.

Usaha dan tenaga para kapitalist tak akan pernah padam. Mereka akan menggunakan apasaja cara untuk menjayakan misi keuntungan. Yakin dan percayalah jika matahari boleh di jual beli pastinya mereka dah letakkan DEPOSIT dan SEWAnya pasti tidak kurang dari satu DOLLAR sehari.

Wednesday 10 November 2010

Selalunya bila ke kedai buku aku gerenti pokai,..gila bergegar di kepala kalau sebiji buku pon aku tak beli, lebih-lebih lagi 'time' dapat gaji..hahahhaaa…geram, seram sejuk aku kalau tak cukup duit nak beli buku, kengkadang rase nak jee aku rompak kedai buku tuh nasib baik mohammad tu kenal muka aku,..kalau aku rompakkan kantoilaa pulak dia repot polis…ahhhhh.

Karang si faizal takda laa pulak datang opis bawak buku banyak-banyak beli tapi bayar dua kali ..hahahaaa..ahhh sesungguhnya keputusan yg bangang kalau aku rompak kedai buku tu,..baik BASHEER, baik KINO atau kedai ALAM AKADEMIK hatta PUSTAKA MUKMIN sekali pun..hahahaa..uhhhhh. apa nak buat duit tak cukup.

Mungkin hujung bulan nanti duit gaji aku langsaikan hutang rm60 hinggit lagi duit buku 'the new indonesian arch..' lepastu mungkin bole la aku ranapkan gaji aku dengan 'event city 4' pulak..hahhahaaa.

Keghairahan membeli buku akan memuncak bila 'preview' kulit belakang sebiji buku itu meninggalkan 'statement' atau persoalan. Bila ini yg berlaku aku selalu tak senang duduk dan rasa ingin tahu mampu memerangkap aku untuk memiliki buku. Ya aku mungkin bole beredar dari kedai berkenaan tapi awas, sekali lagi ternampak buku yg di baca tadi,..gua conform pokai lagi.

Untuk terus berjalan di muka bumi ini ilmu pengetahuan perlu jadi bekalan, ..sambunglagiesok.

Tuesday 9 November 2010

SEMUA DENGAN TAKDIR ALLAH.





Aku yakin semua telah tertulis pada takdir yg ditetapkan Allah, setiap yg hidup pasti akan mati, yg berdiri pasti rebah, yg bergerak pasti terhenti..

Samala jua deruan kereta dikesibukkan kota kuala lumpur pasti sepi dikala awal pagi. Kesibukkan kota mengingatkan aku akan kedamaian kampung halaman, para nelayan menanti fajar untuk kelaut mencari hasil, para pekebun turun ke ladang sebelum terbitnya sang mentari, semuanya untuk mencari rezeki, sesuap nasi, secangkir kopi dan wang saku untuk belanja anak-anak.

Arus kemodenan telah menghambat pembangunan, kini banyak kampung halaman tergadai demi pembangunan. Daerah yg damai suatu ketika dulu bakal lesap, yg kekal hanya ingatan-ingatan silam sewaktu bermain konda-kondi, bola tin, bola katok, guli, galah panjang dan tok harimau saja yg ada selebihnya khatam, habis dan 'the end'.

Kini lupakan saja soal rezab Melayu, kampung melayu, sawah padi, kampung nelayan apatah lagi kubur melayu, corak pemikiran di alaf yg ke 21-22 ini asasnya adalah ringgit, dolar, yen, yuan, rupiah dan euro.
kesejahteraan di ukur dengan tebalnya kepingan 'currency' selebihnya tolak tepi,..soal budaya, soal agama, soal survival umat tolak tepi kalau tak buat untung…sila tolak tepi.

Di kuala terengganu soal pembangunan hebat dan rancak di kedai kopi,..baik di kedai mat ali( dah roboh sekarang ini), kedai roti canai brahim, kedai wahid (antara founder kedai kopi dan pot otai-otai main dam aji di daerah Ladang ini), kedai mansor dan kedai kopi ladang(pot anak muda tengok EPL).

Ya semua 'berOmong' soal pembangunan suka atau tidak, tidak jadi masalah yg penting kamu semua 'wajid suka'.

Dua hari lepas rumahku di kampung sedikit demi sedikit tumbang, aku belum sempat menyaksikan adengan ini dengan mata kepada aku sendiri mungkin aku akan menangis, mungkin aku akan meraung, mungkin aku akan maki-maki sang pemerintah, mungkin lutut aku akan lemah lalu menyembah bumi.

Tapi pembangunan perlu di teruskan demi dolar, demi ringgit dan demi khazanah bumi dan yakin dan pastilah bahawa tidak berguguran sehelai daun pun di muka bumi ini tanpa izin Allah, tidak jatuh biji dalam kegelapan malam tanpa izin Allah dan tidak ada basah dan kering selain telah tertulis di LUH MANFUZ.

Allahuakbar.

Monday 8 November 2010

Andai hujan di kuala lumpur petang ini.

Kalau lah hujan di kuala lumpur petang tadi, mungkin aku masih termenung di kantor menongkat dagu kebosanan,
kalaulah hujan di kuala lumpur petang tadi mungkin juga aku masih di kantor mengadap monitor yg terang benderang,
kalaulah hujan di kuala lumpur petang tadi mungkin aku basah kuyup ber motorsikal pulang ke rumah,…
kalaulah hujang di kuala lumpur petang tadi mungkin aku batalkan semua niat ku untuk melabon sampai malam,
Ahhh kalau lah hujan di kuala lumpur petang tadi mungkin banjir kilat akan menengelami seluruh kota kuala lumpur, semua warga asing hilang tempat berteduh di bawah jambatan malam ini, mat pit-mat pit mungkin mati kelemasan, kereta-kereta tenggelam dan Kapitalist bakal mengaut keuntungan

Sunday 7 November 2010

MUSYRIKIN DAN FITNAH

Penyair Gila itulah yg di tuduh oleh kafir musyrik kepada Rasulullah S.A.W ketika Rasulullah menyebarkan risalah Islam,..itulah harga sebuah perjuangan

Friday 5 November 2010

AZAN DARI SEORANG BAGINDA.

Kuliah magrib hari ini cukup istimewa, Surau Al Naim,Wangsa Maju menjadi saksi penerangan oleh Al fadhil Ustaz mohammad bin ibrahim tentang dalam perjuangan tidak ada putus asa dan kecewa,..ya tiada istilah GIVE UP dalam perjuangan,..kerana perlu adanya kesedaran bahawa matlamat dalam perjuangan Islam adalah bukan mencari kemenagan semata-mata, kerana dalam menyebarkan risalah ketuhanan soal menang adalah urusan nombor 2 yg pertama adalah keikhlasan dan istiqamah…

Kerana dalam memperjuangkan Islam dan menyampaikan risalah kebenaran itu adalah tanggung jawab setiap muslim dengan kata lain urusan dakwah islam adalah urusan setiap umat Islam dan soal berjayakah perjuangan dan penyampaian dakwah itu adalah HAK Allah,..urusan HIDAYAH adalah HAK ALLAH urusan kemenangan adalah HAK ALLAH,..kita hanya menyampaikan.

Jadi disinilah soal kekecewaan dalam perjuangan harus dilihat semula, kerana sebagai umat sewajarnya soal kecewa tidak timbul sekiranya urusan penyampaian telah kita lakukan, telah di usahakan dan diperjuangkan…tanggungjawab kita selesai di situ,..selebihnya ALLAH punya kuasa.

Sebagai individu kita mempunyai keterbatasan dalam menyampaikan risalah Islam ini, namun alangkah indahnya negara ini sekiranya di kalangan pemimpinnya bersama-sama berjuang menyebarkan risalah ini,..penahkah kita terfikir jika seorang SULTAN sendiri yang mengumandangkan AZAN ASAR dan SUBUH?..Inilah keistimewaan seorang SULTAN yang bernama TUANKU SULTAN MUHAMMAD KE-V.

Jika TUANKU SULTAN MUHAMMAD KE-V telah memberi satu contoh yg amat terpuji, pastinya satu kenikmatan telah dicurahkan oleh ALLAH kepada hamba-hambanya yg bersyukur dan bersabar…sebak dan terharu adalah kata-kata yg dapat di gambarkan apabila mengetahui perkara ini. Alangkah beruntungnya setiap rakyatnya dapat mendengar AZAN yg dilaungkan oleh AL SULTANnya sendiri, menyeru setiap umat Islam dan rakyatnya supaya mentauhidkan ALLAH dan Menuju kejayaan

BAGINDA telah melakar sejarah,..merubah persepsi, memberi inspirasi. Berjuang tanpa ada kekecewaan Sesungguhnya Janji ALLAH itu PASTI,

Thursday 4 November 2010

REZEKI DIMANA-MANA, CINTA TETAP DI HATI...



SELAMAT HARI DEPAVALI MALAYSIA.

Suasana pagi ini amat cerah sekali,..walaupon cuti depavali aku macam biasa lebih gemar bangun awal,..isi berita aku baca, hal-hal semasa yg tercatat pastinya memilukan hati dan masa depan tanah air ini saban hari semakin statik,…apa mungkin setiap warga di malaysia dapat menilai dengan baik keadaan ekonomi negaranya sekarang?..pastinya ada yg sesak nafas dengan dasar kerajaan yg memutuskan kenaikan harga barang,..dari satu sudut yg lai pula masih ada golongan yg masih kabur dengan tindakkan pemerintah.

terkadang dipaparkan di blog-blog berita kemerosotan sistem ekonomi dunia sekali gus membuka ruang para kapitalis menaikkan harga barang, menggandakan keuntungan..ini adalah realiti hari ini. Dari pusat asuhan kanak-kanak, kilang-kilang, pejabat-pejabat kerajaan serta firma-firma swasta kenaikkan harga barang pasti menjadi topik yg di bincangkan..

Mungkin pak abu diseberang Marang terengganu tak tahu,..atau mungkin mamat jenal sebelah kedai kopi ladang pon tak ambil 'pot' menjelajah dunia internet memcari berita tentang naiknya harga barang dan statiknya kadar upah gaji rakyat-rakyat dimalaysia. Umumnya bagi masyarakat di bandar biasanya mereka lebih peka tentang hal ini…kos sara yg semakin memuncak, upah kerja yg tidak berkadaran dan ada yg mampu bertahan sekadar setengah bulan.

Bayangkanlah jika upah seorang POSMAN di bandaraya kuala lumpur masih lagi RM700. Benarkah kita masih mampu berdiam diri tanpa sepatah perkataan yg mampu kita luahkan untuk menyatakan kesedihan untuk menerima kenyataan ini?..Jika ia pun kerajaan hanya mampu membayar upah POSMAN sebanyak itu kerana ekonomi negara ini masih lagi tidak memberansangkan, cuba fikirkan kembali arah tuju sistem ekonomi kita. Benarkah sistem sekarang masih lagi boleh berkesan?…

Atau sudah sampai masanya kita menuntut perubahan secara total,..merubah cara berekonomi, merubah cara berkomuniti, merubah sistem pendidikan dan paling penting merubah persepsi iaitu merubah cara berfikir. Upah dan kerja perlu di fikirkan kerana "REZEKI DIMANA-MANA DAN CINTA TETAP DI HATI".