Wednesday 17 February 2021

 Alhamdulillah 

sekian lama aku menyepi tahun 2021 ini aku rasa perlu meneruskan semula blog ini, cuma kali ini cerita - cerita aku pasti berlainan.

Al maklum semakin berusia,

mungkin lebih santai atau mungkin sedikit berkongsi tentang kehidupan dan juga kerjaya!

Never give up!.





Tuesday 3 November 2015

kaarishitam

#kaarishitam
#kaarishitam

Setelah 7 tahun kaarishitam telah melalui satu fasa baru dalam  bidang rekabentuk, dan bersemperna dengan itu juga kaarishitam melancarkan siri rekaan t shirt yang ekslusif bangi memperingati ulang tahun yang ke 7 setelah melalui pahit maung dan pengalaman yang telah di kutip amat amatlah berharga, Alhamdulillah 

kaarishitam 2015





2015 genap 7 tahun kaarishitam studio wujud sebagai sebuah entiti yang menghasilkan pelbagai karya samada senibina, fotografi, logo, 'art instalation', lanskap, renovasi dan reka bentuk T- Shirt.
Ya, di tahun yang ke-7 ini kaarishitam terus menongkah arus, untuk terus mara dengan penuh istiqamah. kami percaya kesabaran dan usaha yang bersungguh-sungguh adalah kunci kepada kejayaan selebihnya adalah urusan Allah. Ameen.

Wednesday 25 September 2013

WARARCH

 Wararch design studio (Wararch) adalah merupakan satu induk perniagaan yang berasaskan kerja - kerja furniture design, graphic design dan architecture. Sememangnya kerja - kerja design yang cuba di terapkan adalah lebih kepada design yang menggunakan teknik DIY dan custom product.

Hasil kerja awal Wararch banyak memberi tumpuan kepada design berasaskan recycle material yang mana dapat dilihat pada design "Puribonda" yang mana hampir 50% bahan kayu adalah daripada bahan kitar semula.

THE LITTLE ULTRAMAN



Hampir 1 tahun blog ini terbiar sepi tanpa sebarang kemas kini, malam ini saya terpanggil untuk menjenguk semula blog ini, entah mengapa setelah mengeledah file -file foto yang lama saya memilih foto ini untuk dijadikan bahan coretan blog malam ini.

Foto ini di rakam sekitar tahun 2008 atau 2009 kalo saya tak silap. Ianya dirakam sewaktu acara pesta belon panas yang berlangsung di presint 2 Putrajaya saban tahun.

Foto ini sememangnya di setting dalam mood silhouette, dengan adegan seorang kanak - kanak menggayakan adegan ultraman. ;)

Friday 20 April 2012

Hari Esok...


Puisi hari esok.
Wahai para mahasiswa,
Perjuanganmu itu adalah mulia,
Tiada kata nafi yang selayaknya diberikan kepada kalian,
Wahai para mahasiswa,
Di dataran itu telah menjadi saksi kepada pejuangan idealisma kalian,
Tiada kata dusta yang mampu di ungkapkan,..
Besarnya musuhmu itu yang jadi soalnya,..
Hari ini dan hari semalam adalah perjuanganmu,..
Berdepan musuh bukan kepalang,
Bukan anak kecil,..
Bukan anak si pandil,..
Wahai mahasiswa,
Hidupmu  adalah dalam kemuliaan,
Jika disandingkan dengan ilmu yang kalian juangkan,
Teguhlah bersama janji Tuhan mu,..
Tidak ada keikhlasan yang tersia-sia,..
Dalam waktu yang tergadai,..
Musuhmu bukan jembalang,..
Musuhmu bukan para malaikat,..
Musuhmu adalah sirakus yang sombong
Dan sedang enak bertempuk tampar menanti esok hari tumbangnya…Kezaliman.

Kaarishitam20april2012; 2:15am.