
Mawar Merah ::
Aku kira ini Masterpiece aku yang pertama dalam bentuk total digital dengan mengunakan teknik layering dalam photoshop.
Walaupun waktu tu aku hanya guna photoshop 7 namun kiranya berbaloi jugalah beberapa hari mengadap pc nak menyiapkan mawar merah ni walaupun aku tak dapat apa-apa komisyen sebab aku buat benda nih memang semata-mata kerana hobi.
Oleh sebab sesuntukan masa dan waktu kerja yang tidak begitu mengizinkan buat sementara waktu ini aktiviti-aktivi macam ini aku buat bila aku betul-betul ada masa dan mood.
Ya mood memang penting bagi akula sebab untuk menyiapkan sesebuah artwork atau apa -apa kerya aku memang menitik beratkan kualiti tak kiralah walau apa jua bentuk karya. Masterpiece ini aku siapkan dalam tahun 2003 sewaktu aku masih lagi bekerja sebagai designer kat sebuah firm di Ipoh...terimalah Mawar merah.
No comments:
Post a Comment