Friday, 18 July 2008

Hati


Suasana awal pagi di kuala lumpur sememangnya sama sahaja tak kira samaada hari minggu atau hari hari yang lain...bingit dan tidak sunyi dengan deruman jentera - jentera kontruksi yang membina bermacam - macam bangunan.

Jadi tidak hairanlah untuk mencari sebuah ketenangan di kuala lumpur secara fizikalnya adalah agak mustahil, namun yang pasti ketenangan itu boleh dicari dengan pelbagai kaedah dan cara cuma perlulah diteliltikan cara dan metodnya, kerana bak kata Pak Hamka ketenangan itu terletak di dalam hati bukannya pada fizikal seseorang.

Bertolak dari itulah hakikat sebuah ketenangan sebenarnya hanya boleh dicapai apabila hati seseorang itu berada dalam keadaan yang sentiasa tunduk dan redha dengan ujian dan masalah yang timbul.

Hati yang merupakan sebuah organ di dalam badan manusia yang diciptakan kejadiannya yang sangat unik, memiliki kekuatan yang mampu membuatkan manusia tidak mampu untuk makan, minum, tidur, bermuram, hilang semangat dan hilang kewarasan juga mampu membuatkan manusia tersenyum dan bergembira itula sebenarnya peranan seketul hati.

Pesan para alim dan budiman jagala seketul daging didalam diri kita kerana apabila baik sifatya baiklah seluruh anggota lainnya dan apabila buruk sifatnya maka buruklah si pemiliknya.

No comments: