Monday, 18 July 2011

SALAM PARA DAI

Pasca Julai 9, 2011 memberi satu impak yang amat hebat tentang kesedaran hak dan juga keadilan dalam bermasyarakat dinegara ini. Rata-rata rakyat teramai amat kesal dengan tindakkan para penguasa melayani para pendemostran aman.

Tangga Julai 9, 2011 adalah tarikh keramat buat anak2 muda sama2 turun ke jalan raya memahami proses pembentukkan sejarah tanah air yang tercalar dek kerakusan para politikus yang takut akan bayang-banyangnya sendiri.

Natijahnya, negara yang sudah terbentuk setengah abad yang lalu dengan yang menjunjung tinggi kesetiaan dan keadilan hidup bermasyarakat telah merakamkan satu tragedi yang merobek jiwa.

Hari itu, para pendemostran mengatur langkah dengan gagah dan berani, mereka bangga dengan negara yang mereka miliki dan mereka memandang tinggi perlembangaan yang mereka sanjungi.

Mereka mahu percaya bahawa tidak ada halangan yang mampu menghalang, tidak ada batasan yang mampu membataskan kepercayaan mereka terhadap perlembagaan.

Mereka membuka mata dan menadah kedua tangan kelangit tinggi dengan linangan air mata dan doa, dengan harapan, agar tuhan mendengar rintihan mereka.

Mereka terkepung dengan asap-asap dan hujan asid, mereka datang bukan mahu melawan, mereka datang dengan harapan, mereka di kasari di tanah air ini, mereka di khanati di bumi ini, tapi Tuhan itu Maha Adil, Tuhan itu maha penyayang.

Sang hujan turun bagai memberi salam, meraikan para pendemonstran. Benarlah hujan itu rahmat, hujan itu kasih dan sayang,..hujan turun menghambat asap-asap kezaliman.

Tidak ada siapa dapat menduga, tanpa isyarat, tanpa petanda,..walau kiri dan kanan adanya tembok kezaliman, Tuhan itu Maha adil. Dia datang memberikan jalan,..menyatukan hati dengan satu hasrat dan satu harapan meletakkan KEBENARAN ditempatnya semula.

No comments: