Saturday, 13 November 2010
"KALO MENTARI BOLEH DIJUAL BELI KOPOM DEPA JUAL…."
Hari ni di kampung aku menjadi saksi satu sejarah, sejarah peradaban manusia moden. Kita semua maklum saban hari hak dan milikan kita kian pupus samada pupusnya kerana 'sunattullah' atau lumrah alam atau atas dasar keuntungan dan kejahilan manusia.
Pembangunan yg pesat (kononnya) telah membuatkan ringgit dan dollar menjadi fokus dalam setiap aspek.
Itulah yg berlaku dimana-mana pun, di peringkat dunia, di negara kita, malahan di kampung-kampung kecil.
Usahlah di bicarakan soal dan hal moral, usahlah di gembar-genburkan soal kemajuan ummah, itu semua hampir menjadi perkara karut-marut dalam trend pembangunan saat ini. Soal budaya dan maruah bangsa toksah tanye, itu semua 'nonsense' dalam akidah kapitalist itu semua tolak tepi, keuntungan adalah matlamat, keuntungan adalah makrifat yg tertinggi.
Sesiapa yg mampu membuat keuntungan demi keuntungan itula wali-wali para kapitalist,…keuntungan tanpa memikirkan soal budaya, soal moral, soal timbang rasa, tanpa kemanusiaan, tanpa cinta.
Kapitalist tak mengenal saudara sebangsa, kapitalist juga tak mengenal abang adik, ia buta ayah dan ibu, kapitalist tak pernah ada rasa dan simpati yg wujud dalam kapitalist adalah pulangan..keuntungan.
Agama akan di jual beli, pendidikan akan di dagangkan, cinta juga ada harganya,..nyawa boleh jadi taruhan jika keuntungan boleh dilipat gandakan,…lihat saja Iraq, Afghanistan, malahan ground zero pun boleh musnahkan, asalkan justifikasi keuntungan itu jelas.
Usaha dan tenaga para kapitalist tak akan pernah padam. Mereka akan menggunakan apasaja cara untuk menjayakan misi keuntungan. Yakin dan percayalah jika matahari boleh di jual beli pastinya mereka dah letakkan DEPOSIT dan SEWAnya pasti tidak kurang dari satu DOLLAR sehari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment